Thursday 15 March 2012

TEMBELANG ANWAR SUDAH PECAH 1


Tembelang Anwar Ibrahim yang pada mulanya retak, kini telah pecah tuntas sepenuhnya. Ia bukan sahaja tembelang yang mendedahkan aktiviti homoseksualnya tetapi juga tembelangnya menyokong Israel dan kaum Yahudi yang menjadi musuh Islam.

Pendedahan demi pendedahan dibuat oleh orang-orang yang dahulunya amat rapat dengan Anwar Ibrahim, memperkukuhkan signifikannya tembelang yang pecah itu.

Pendedahan Lokman Noor Adam, bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan dalam laman sesawang AIDC amat meyakinkan bahawa tabiat seksual luar tabii Anwar Ibrahim adalah jelas (Sila baca ‘Lokman Noor Adam: Sudah Tiga Kali Wan Azizah Meletup’ dalam http://www.anwaraidc.com/?p=12994).


ISU LIWAT

Kes liwat, Anwar lawan Saiful Bahari, menurut Lokman, adalah lebih banyak disokong oleh keengganan Anwar menyerahkan sampel DNAnya. Namun pada dubur defenden, pihak doktor mengesahkan bahawa mereka telah menemui sperma (air mani). Namun bagaimana boleh dibuktikan bahawa sperma itu milik Anwar sekiranya Anwar tidak mahu memberikan sampel spermanya. Cara terbaik ialah dengan menggunakan ujian DNA.

Kata Lokman “Bagaimana mereka (pendakwa) boleh dapat sperma Anwar tanpa bantuan Anwar sendiri. Yang ini sahaja, menjawab segala-galanya. Dan bila mereka ekstrak sperma ini. Dia ambil DNA daripada sperma ini, maka dia dapatlah DNA ‘lelaki Y.’ Dan apabila polis ambil contoh daripada mineral water Anwar yang ada DNA dia, berus gigi Anwar. Akhirnya mereka nampak benda ni sama.”

Namun dalam proses kehakiman, tidak boleh ada kesangsian. Malangnya timbul juga kesangsian tentang DNA pada air mineral dan berus gigi yang diambil ketika Anwar di penjara.

Walaupun tembelang sedemikian boleh diterjemahkan sekadar retak, namun isu tingkah-laku Anwar Ibrahim semasa Mesyuarat Majlis Tertinggi PKR di Hotel Quality, Shah Alam amat signifikan untuk mengaitkannya dengan kes liwat itu. Ketika mesyuarat itulah Anwar Ibrahim menerima pesanan ringkas yang mengejutkannya bahawa Saiful Bahari membuat laporan polis bahawa dia (Saiful) telah diliwat oleh Anwar Ibrahim.

Kata Lokman: “Ketika itu, tiba-tiba Anwar stop mesyuarat yang dia chair (pengerusikan). Bila dalam perjalanan naik ke lif tu, Zulkifli Noordin pun ada, Saifuddin Nasution, Tian Chua, Wee Choo Keong ada. Ketika itu, Wan Azziah ‘meletup’ .... Bila Wan Azizah tanya kenapa meeting kita berhenti tiba-tiba. Dan Anwar kata, Saiful buat laporan polis dirinya diliwat oleh Anwar, masa tu Wan Azizah meraung. Masa tu dia kata, apalah ni bang, tak cukup ke dah kena 6 tahun, buat lagi.”

Apakah lagi bukti yang rakyat mahu sekiranya orang-orang kuat Anwar Ibrahim seperti Lokman Noor Adam sendiri telah mendedahkan tembelang yang busuk itu dan orang-orang kuatnya seperti Zulkifli Nordin dan Wee Choo Keong terus angkat kaki meninggalkan PKR?

ISU SOKONGAN YAHUDI

Malah dalam isu sokongan Anwar terhadap Yahudi dan Israel, Lokman juga telah mendedahkan pengakuan orang-orang kanan Anwar seperti Tian Chua bahawa mereka mendapat penajaan daripada George Soros yang sememangnya mahu memunah-ranahkan Malaysia kerana kenyataan-kenyataan Tun Dr Mahathir tentang penglibatannya dalam isu krisis ekonomi.

Kata Lokman, “Yang baik dengan Soros ni sebenarnya Tian Chua (Naib Presiden Keadilan). Tian Chua yang baik dengan Soros yang selama ini ditaja oleh Soros. Malaysiakini pun dulu, starting Steven Gan..Tian Chua ni semua, Soros punya duit. Mereka mendapat tajaan daripada Soros. Saya tahu sebab Tian Chua cerita pada saya masa dalam penjara (Kem Kamunting). Sama-sama duduk Kamunting, dua tahun (sila rujuk: http://www.youtube.com/watch?v=_s35Ld7f0mY).

Dia (Tian Chua) ceritalah daripada mana dia dapat income. Saya ingat lagi, telefon Tian Chua pun daripada duit Soros. Kita orang seludup telefon masuk. Telefon Tian Chua tu pun datang daripada Soros. Masuk daripada Bangkok. Ini realiti apa yang berlaku.

Dan sebelum saya dipecat tahun 2004, saya hadir dalam mesyuarat Jawatankuasa Parti PKR dan masa tu Azmin maklumkan RM3 juta telah diterima. Dan mereka telah buat t-shirt, topi dan bendera di China.

Bila saya tanya dengan Ezam, dari mana datang duit RM3 juta ni? Ezam maklumkan pada saya, duit itu daripada Soros.”

Tambah Lokman lagi, “Sebab, bila mana krisis ekonomi berlaku pada tahun 1997, Dr Mahathir straight away kata, ini disebabkan oleh penyangak mata wang bernama George Soros. Kerana dendam kesumat George Soros itu, maka Soros sanggup biayai NGO-NGO ini untuk lanyak Malaysia. Untuk buat kucar-kacir daripada dalam. Jadi, ini tak khianat negara ke? Saya duduk dalam ISA baru saya tahu benda ini berlaku.”

Sebagaimana yang dilaporkan Wall Street Journal pada 26 Jan 2012, Anwar telah membuat kenyataan bahawa “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians”.

Maksudnya: “Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin”.

Kenyataan Anwar itu jelas menunjukkan sokongan beliau terhadap Israel.

Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh menyatakan bahawa seluruh rakyat Palestin kecewa dengan kenyataan Ketua Pembangkang itu. Ismail Haniyeh adalah pemimpin utama kumpulan Hamas di Palestin.

Sebelum itu, pada 1 Disember 2005, ketika Anwar dalam sesi soal jawab program “Masa Depan Demokrasi Muslim’, anjuran National Endowment for Democracy (NED) di New York, beliau tidak setuju Hamas terus mengangkat senjata. Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan seorang aktivis Yahudi, Gershon Baskin, CEO dan pengasas the Israel/Palestine Center for Research and Information (IPCRI). Tetapi Anwar tidak pula mempertikaikan Israel yang masih terus menerus mengangkat senjata dan membunuh rakyat Palestin.

Walau bagaimanapun mengikut Blog Gelagatanwar (http://gelagatanwar.wordpress. com/2012/01/31/anwar-kata-pemuda-pas-bahlol/) setelah diasingkan oleh kebanyakan lobbyists group dan NGO antarabangsa, Anwar perlu merapatkan diri semula dengan mereka untuk mendapat bantuan kewangan.

Open Society milik George Soros tidak akan membantu jika Anwar masih mengambil pendekatan anti-APCO (APCO ialah badan bebas Amerika yang dituduh oleh Anwar bertanggungjawab membina konsep negara ‘Satu Israel’ namun kemudiannya dinafikan oleh APCO). Ini sudah diberitahu kepada Anwar secara jelas. Malahan, Anwar juga mengakui bahawa Open Society hanya akan memberikan dana jika Anwar mampu mengubah pendirian mengenai isu Israel.

Oleh yang demikian, kenyataan Anwar baru-baru ini adalah khusus untuk membuka jalan mendapatkan wang bantuan luar.

Kata Anwar “Pemuda PAS yang BAHLOL” (kerana menentang sokongannya terhadap Israel) dengan tanggapan bahawa mereka akan berjuang dengan poket kosong kalau tidak dengan bantuan PKR. Kebahlolan Pemuda PAS ini hanya akan meranapkan peluang PKR dalam PRU yang akan datang. 

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates