Wednesday 21 March 2012

Masalah amah Indonesia bagai isu boleh lumpuhkan negara!

DEWA NAGA BERAPI
Klang, Selangor

MASALAH amah atau pembantu rumah dari Indonesia seolah-olah satu masalah besar yang boleh menyebabkan negara lumpuh. Walhal, bukannya rata-rata rakyat Malaysia tidak boleh hidup tanpa seorang amah.

Hanya mereka yang 'kaya' dan mahu hidup senang ataupun pasangan yang kedua-duanya tidak mahu mengalah untuk menjadi 'suri rumah' yang wajib perlu ada amah.

Anak boleh dihantar ke taska atau pengasuh, orang tua dan sakit boleh dijaga jururawat terlatih, mengemas rumah pula boleh dilakukan bersama walaupun cuma seminggu sekali.

Namun, jika sudah pemalas sangat untuk menjaga anak sendiri, ibu bapa sendiri mahupun mengemas rumah sendiri, amah Indonesia bukan satu-satunya pilihan anda.

Rakyat tempatan juga boleh melakukan semua itu, jika ada yang sanggup. Tetapi lebih mudah dengan mengupah mana-mana daripada beribu-ribu PATI Indonesia yang sudah berada di negara ini.

Untuk upah beberapa puluh ringgit sehari, mereka akan datang mencuci, membasuh dan mengemas rumah dan kemudian pulang ke rumah mereka sendiri.

Tidak perlulah amah sepenuh masa yang mahu hidup mewah, gaji besar dan berlenggang bekerja di sini, sedangkan ramai lagi saudara mereka yang sanggup bekerja.

Bukan mahu menggalakkan mengambil PATI bekerja tetapi memang itulah pilihan yang lebih mudah dan rasional selagi masalah kebanjiran PATI tidak ditangani sepenuhnya.

Sementara mereka ada di negara kita (untuk entaha berapa lama lagi), gunakan sebaiknya khidmat PATI di rumah, seperti mana bengkel, tapak binaan dan juga pelbagai premis pernigaan lakukan.

Sekali lagi, cadangan itu untuk mereka yang malas melakukan kerja rumah dan juga untuk penguat kuasa yang membiarkan kebanjiran PATI di Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates